Pages

Tuesday, March 16, 2010

dunia sekarang

biter ni dah lame..

aku baru t'ingat nak posting & b'kongsi dgn korg.

just nak bgtau apa yg dh jadi kat dunia ni.

tak kire la dlm mesia @ luar mesia.

perkara pelik camni dah byk yg jadi..

so bace & pikir kan..



SEOUL: Sepasang suami isteri yang ketagih komputer membiarkan anak kandung mereka mati ketika asyik membesarkan anak maya dalam talian. Mereka ditangkap semalam.


Polis berkata, pasangan itu begitu taksub menjalani kehidupan di alam maya dalam talian dan membesarkan ‘seorang anak’ menerusi profil mereka dalam permainan gaya Hidup Kedua yang dikenali sebagai Prius.


Permainan itu membenarkan pengguna memilih pekerjaan, berinteraksi dengan masyarakat di dunia maya dan memperoleh anak untuk dibesarkan apabila mencapai satu peringkat. Kim Yoo-chul, 41, dan isteri, Chooi Mi-sun, 25, menelefon polis apabila mereka pulang selepas sesi 12 jam di kafe Internet dan mendapati anak sebenar mereka mati.


Pegawai bagaimanapun mengesyaki sesuatu apabila melihat keadaan mayat bayi itu. Bedah siasat yang dijalankan mengesahkan dia mati akibat kekurangan zat.


Kim dan isteri ditahan atas tuduhan mendera dan cuai.


Polis berkata, pasangan itu terlalu taksub dengan anak perempuan yang dibesarkannya dalam talian hingga tidak mempedulikan anak sebenar mereka.


Mereka mengaku memberi anak itu susu tepung yang sudah tamat tempoh dan sering memukulnya.


Kim dan Chooi berkenalan menerusi laman sembang Internet pada 2008.


Permainan online amat popular di Korea Selatan. Peserta profesional permainan Internet itu disambut bagai selebriti menerusi pertandingan yang disiarkan secara langsung oleh televisyen Korea Selatan. Bagaimanapun, pengkritik berkata, populariti yang membolehkan syarikat komputer meraih keuntungan besar, perlu dibayar dengan harga mahal dengan beberapa kejadian pelik yang menjadi tajuk akhbar.


Seorang lelaki berusia 28 tahun mati baru-baru ini selepas bermain permainan kegemarannya, Starcraft selama 50 jam tanpa berhenti makan atau minum.

Dalam kejadian lain, seorang pemain yang marah kerana penentangnya membunuh karektor yang sekian lama diwujudkannya, mencari alamat musuhnya, mengambil teksi dan menikam mangsanya.




agaknye apa la perasaan org yg tinggal2kan anak kecik kat umah sorg2 ek?

tak rase kesian ke dgn anak kecik tu?

tak rase takut ble jadi sesuatu kat anak kecik tu?

sanggup plak dok main game kat cyber cafe.

isy..isy..isy..

tak paham la aku dgn org skrg ni.

bg ibu bapa, even korg busy skali pun,

jgn la biarkan anak2 korg tinggal sorg2 kat umah.

mane tau time kene tinggal tu,

umah t'bakar ke, kene rompak ke.

kite mana tau kan.

malang tak b'bau.

renung2kan..=)

No comments:

Post a Comment