Pages

Thursday, March 11, 2010

credit card 2


Orite guys! Ari ni aku nak sambung pasal CC. Kali ni aku nak bagitau pasal caj2 yg b'kaitan dgn CC. Yela,kdg2 kite ni biler dah gune CC, kite x stadi dulu pe caj2 yg akan dikenakan. Sesetengah tu x alert pun ngan caj2 yg dikenakan. Biler sampai 1 tahap, mule la m'gelabah sebab bil dah melambung & byk plak caj yg de dlm statement CC. Huhuhu..


MEMAHAMI CAJ2 YANG BERKAITAN DENGAN CC
Memahami jenis2 caj yang terlibat dalam penggunaan CC adalah penting. Selagi kite menggunakan CC secara berhemat dan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang diberikan, kite tak perlu risau dengan caj2 tambahan.

1. Yuran penyertaan @ Join Fee
Bank mungkin akan mengenakan yuran penyertaan CC. Bayaran ini dikenakan skali je. Yuran ini mungkin berbeza antara satu bank dengan bank yang lain. Tapi skrg ni, dah byk bank yg tak kenakan yuran ni.

2. Yuran tahunan @ Annual Membership Fee
Ni adalah yuran sama rata yang perlu dibayar setahun skali. Kite kena bayar yuran ni walaupun kite tak pernah menggunakan CC kite. Yuran tahunan biasanya adalah di dalam lingkungan RM60 hingga RM90 untuk Classic Card dan RM130 hingga RM195 untuk Gold Card. Ni CC yg basic la. Ikutkan byk lagi jenis CC yg de dlm pasaran. Hehehe... So yuran pun b'gantung pada jenis CC.

3. Caj kewangan (faedah) @ Retail interest
Ini adalah caj yang dikenakan kepada kite oleh bank ke atas baki yang tak dijelaskan selepas tarikh tamat tempoh (due date). Caj ni biasanya dikira berdasarkan baki harian. Sape yg gune CC ni dinasihatkan supaya meminta bank memberi penjelasan mengenai kaedah yang digunakan untuk mengira caj kewangan ini kerana jumlahnya akan bertambah sekiranya kite tak membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

4. Yuran pendahuluan wang tunai @ Cash advance fee
Haa..Yuran ni slalu org akan pertikaikan. Yuran ni dikenakan bagi setiap kali pendahuluan wang tunai diperoleh. Yuran ni biasanya 3% hingga 5% daripada jumlah pendahuluan wang tunai yang diambil dan merupakan tambahan kepada caj kewangan yang dikenakan ke atas jumlah pendahuluan yang diberikan kepada kite. Caj kewangan dikira bermula daripada tarikh wang
tersebut diambil atau apabila jumlah tersebut tercatat ke dalam akaun CC kite. Jumlah pendahuluan wang tunai ini mungkin dihadkan untuk setiap pelanggan. Slalunye, had pengeluaran 50% drpd credit limit CC kite. Dan jgn plak de yg t'lebih pandai gi masukkan duit dalam CC & then gi withdraw semula. Konon2 buat macam saving account. Korg kena ingat once dah withdraw drpd CC, korg mmg akan dikenakan cash advance fee ni. Tak kira la even tu mmg duit korg kan. Terms & condition tetap b'kaitan dgn CC.

5. Caj bayaran lewat
Ni plak adalah caj yang dikenakan jika kite gagal untuk menjelaskan sekurang2nya jumlah bulanan minimum sebelum tarikh yang ditetapkan. Jika pembayaran dibuat selepas tempoh tanpa faedah berakhir, kite bukan sahaja dikenakan caj kewangan ke atas baki belum jelas tetapi juga caj bayar lewat ke atas jumlah bayaran minimum bulanan.

6. Card Service Tax
Ni caj yg terbaru dikenakan b'mula awal tahun 2010 ni. Sape2 yg gune CC, jgn terkejut plak biler tgk dalam statement de caj ni ye. Benda ni dah announce dlm Budget 2010 lagi. So tak payah la nak kecoh2 & marah2 biler dah kena caj. Bank sendiri pun tak bleh nak elak & diorg sendiri pun kena caj ni. Huhuhu... Ops lupa plak nak bgtau. Untuk caj ni setiap CC principal akan dikenakan RM50 & setiap CC supplementary dikenakan RM25. Nak waive bukan senang macam waive caj2 yg lain. Slalu ambil masa yg lama. Setiap bank de cara waiver yg t'sendiri. So tak payah la nak compare2 bank ek.

OK sume??? Ade paham x apa yg aku bgtau kali ni?
Kalo korg nak tau lg lanjut, bagus la kalo korg gi tanya bank korg apply CC tu.
Tak pun stadi dulu ek.
Selamat m'gunakan CC dgn b'hemat.

1 comment:

  1. pe yg ko xphm sara??

    xpyh la gune kalo ko jenis boros..aku gune gak..tapi gune tuk yg t'desak & penting sj..cthnye isi myk time dh kering.huhuhu..

    ReplyDelete