Pages

Friday, March 5, 2010

credit card

ari ni aku nak buka topik pasal credit card (CC).kepada sesape yg m'gunakan CC, silalah tambah ilmu & paham apa yg dimaksudkan dgn CC & macam mana nak gune dgn betul....


DEFINISI
CC ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di shopping complex @ kedai2 yg bleh kita gune CC utk p'bayaran,samada di dalam ataupun di luar negara.Walau bagaimanapun, jika kite tidak menggunakannya secara berhemat atau gagal membuat bayaran bulanan, kite mungkin telah berbelanja di luar kemampuan kite dan terjerumus ke kancah kemelut kewangan.

Apabila kite menggunakan CC,pengeluar CC (bank) akan membuat pembayaran kepada kedai terlebih dahulu bagi pihak kite dan menghantar bil kepada kite kemudian nanti. Sebaik sahaja menerima penyata bulanan, kite dikehendaki menjelaskan sekurang-kurangnya amaun pembayaran minimum sebelum tarikh tamat tempoh. Bank akan memberikan suatu tempoh tanpa faedah (biasanya 20 hari) di mana tiada faedah dikenakan ke atas baki belum jelas. Bank akan hanya mengenakan caj kewangan (faedah) ke atas baki belum jelas, jika ada, selepas tarikh tamat tempoh.

CC juga boleh digunakan untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai di mesin-mesin ATM (‘Automated Teller Machine’) dan di kaunter-kaunter bank. Walau bagaimanapun, selain daripada dikenakan caj kewangan, kite akan dikenakan yuran pendahuluan wang tunai setiap kali kite berbuat demikian. Tidak ada tempoh tanpa faedah diberikan bagi pendahuluan wang tunai. Caj kewangan akan dikira bermula dari tarikh pengambilan pendahuluan wang tunai berkenaan dibuat. Bank akan menghantar kepada kite penyata bulanan CC yang mencatatkan butir-butir pembelian kite termasuk pendahuluan wang tunai (jika ada), jumlah baki belum jelas, jumlah bayaran minimum dan tarikh akhir untuk membuat pembayaran.

ok la..sampai sini je aku citer bab CC ni..nanti de mase aku sambung lg..adios...

2 comments:

  1. funfabulosity,

    thanx for d'promotion...skrg ni bkn mslh service bank baik @ x,xde yuran/caj t'selindung.mslh skrg ni,ramai org xpaham cara p'gunaan CC dgn btl..even xde caj t'selindung skali pun tapi xreti nak manage,xgune gak.betul x pe aku ckp?

    ReplyDelete
  2. betul elli..then susahkan n salahkan bank~hahhaaa..pening seyh~!!!

    ReplyDelete